Archive for June 8th, 2009

Aku telah mengalami kegagalan…. akhirnya aku tewas…. aku tewas dalam menjalani dan mengharungi hidup ku… aku gagal menghadapi dugaan yang datang bertimpa-timpa…. Tiada lagi air mata yang dapat ku tangiskan kerana ianya telah kering….. Hidupku terumbang ambing dan aku dapat rasakan aku telah hilang haluan dan sasaran ku…

Apa yang ku alamai telah meragut keyakinanku… telah memusnahkan harapan dan impian…. telah menghancurkan hatiku ….. aku ingat aku telah bersiap sedia dalam menghadapi apa jua kenyataan…. tapi rupanya aku tidak berkemampuan…. dengan berita yang diterima, aku menjadi lemah, semangat terus menghilang dan akhirnya air mata jatuh tanpa henti walaupun ku tahan agar ianya tidak keluar…

Setiap malam bermandikan air mata sehingga kering…. setiap malam memikirkan dimana silapnya?… sehingga kehari ini…. air mata tiada lagi mengalir…. aku memandang cermin, tiada senyuman yang dapat ku berikan pada diri ku sendiri…. Kelemahan ku memang banyak dan aku sering menjadikan kelemahan ku itu sesuatu yang istimewa yang membuatkan aku tabah menghadapi semuanya…. tapi sekarang…. aku lemah… aku tewas…. aku gagal….. DIsetiap akhir perjumpaan ku dengan Kekasihku yg Utama…. setiap kata2 ku ditemani air mata…. setiap kata2 ku terselit kesedihan….. AKu tau semua ini pasti ada hikmah di sebaliknya… tapi dugaan yang menimpa bertalu-talu membuatkan aku semakin lemah…. kekuatan ku sudah hilang… semangat ku entah kemana…… Kehidupan mesti diteruskan…. and yes I am continuing with my life….. My life now is without any feeling…. I feel numb…. sakit dan keperitan yang melanda hati ku membuatkan aku tidak dapat merasa perasaan lain…. aku umpama pinokio….. hidup tapi tidak merasa apa2…. langkah menuju kehadapan tapi tiada arah tujuan…. hati semakin remuk dan hanya menungu masa untuk berkecai….. akhir sekali…. aku hanya mampu bersabar….. bersabar dalam menerima apa jua kenyataan yang mendatang……. ketika ini aku masih belajar menerima kenyataan yang memeritkan hati.. meruntun jiwa dan memusnahkan impian dan harapan ku… Ya Allah berikanlah kekuatan pada ku untuk menghadapi semua ini…. bukakanlah pintu hatiku untuk dapat menerima kenyataan yang telah tersurat untuk ku……

Comments No Comments »