Apa yang pernah aku alami dan lalui, semuanya boleh dijadikan bermacam-macam kisah…. kisah bahagia… kisah sedih… kisah sakit… kisah itu dan kisah ini…. hehe… terlalu banyak sehinggakan aku sendiri sudah tidak tahu kisah2 yang ku alami ini termasuk dalam golongan yang mana… so mungkin semua kisah2 ku ini termasuk dalam golongan BUKAN KISAH BIASA… kisah yang terlalu sukar di tulis di atas kertas tapi mudah atau boleh di taip ke dalam blog… hahaha…..
Anyway…. Bukan kisah biasa 1..
Kisah ini berlaku 5 hari yang lepas…. entah bagaimana…. aku tergelincir di dalam bilik air…. so nak selamatkan kaki aku yg ada besi tue… kaki yg sebelah menjadi mangsa dan aku jatuh bak nangka yang jatuh dari pohonnya… haha… aku tertewa selepas jatuh tapi bila kaki punggung dah sakit, ketewa ku terhenti… aku mula hendak menangis tapi ku tahan… kalau aku mula menangis, aku susah hendak berhenti… nanti aku nak pergi sekolah nak mengajar pun susah… hehehe…. so dengan selamba ku tahankan sakit dan meneruskan aktivit harian seperti biasa walaupun dalam keadaan sakit yang amat sangat…. Aku masih mampu mengajar dengan baik dan masih dapat bergurau senda dengan murid2 ku dan juga teman sekerja ku…. Mungkin berkat puasa ni…. aku dapat bertahan…..
Unfortunately… the next day, lepas sekolah… kaki ku terasa sakit yang amat sangat sehingga aku susah hendak berjalan… so end up pegi hospital… masuk dekat emergency.. tapi menunggu jugaklah… mungkin kes ku ni tidak lah membawa maut… hehe… lepas di periksa doktor… kaki ku di X- ray…. rasanya dah puas aku di x-ray sepanjang aku hidup ni.. mudahan tiada side effect… hehehe… tulang ok… so the muscle je yang bermasalah… tu yg menyebabkan bengkak tue… so lepas ambik ubat and all… lepas kaki dibalut aku balik dengan hati senang… aku pun tak tau kenapa… hehe…. Untuk pertama kalinya aku ke sekolah menggunakan selipar disebabkan kaki yang berbalut… semua bertanyakan kenapa… aku ceritakan kepada semua… then they said… apa masalah kau dengan bilik air ni?… tak habis2… hahaha… aku hanya ketawa kerana ada benarnya…. kaki kanan patah sebab jatuh kat toilet…. kaki kiri injured sebab jatuh kat toilet jugak…. lepas tu masa aku kat UK pun, aku kaki aku injured kat dalam toilet jugak…. So mungkin Toilet is Hazardous to my physical health… hahahahaha…..
Tu pasal kaki… masa ni… kaki aku masih berbalut… tapi sakit dah kurang… Alhamdullilah… so dapat jugak aku pakai kasut Raya aku masa raya nanti… hehe.. semalam aku hantar my parents pegi airport Miri…. my parents balik kampung kat Johor tuk melawat kubur…. They will be back on Tuesday…. terpaksa ikut Miri sebab kat Brunei takde yang direct flight ke Johor… Nasib Miri tak jauh sangat… so hopefully their journey will be alright and selamat semuanya… I will be going down to Miri on Tuesday after school hour…
Kisah apa lagi eh… kisah cinta ku…. hehe… aku pun sebenarnya dah tak tau nak cakap macam mana lagi… aku masih belum dapat jawapan bagi some of the things that happen in my relationship with him…. Kenapa lah complicated sangat lelaki yang sorang ini…. tak pernah aku tak faham lelaki ni (chehh..mengada bunyinya)… tapi dia… unpredictable… reallyy…. i dont know why… belacan sungguh…. aku ingat ~~ Lelakiiii….(eyes rolling..~ hehehehe…. nanti aku akan post apa2 yg patut kalau ada perkembangan dalam relationship aku… baik yg positive atau negative… hehehe…
So dari itu… itu sahajalah buat kali ini… Moga malam2 terakhir Ramadhan ini diperbanyakkan amalan2 akhirat untuk bekalan kita jua…..
Assalamualaikum…..
Oh…. Soundtrack of mylife and of the day… sebuah lagu yang menjadi favourite aku sejak dua menjak ini… satu lagu penuh keinsafan dan menyedarkan aku….
Irsyadee - Taubat seorang Hamba…
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan, Oh Tuhan Maha Kuasa, Terima taubat hamba berdosa… Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah 3x….. Taubatku ini….. Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan, Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan. Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah 3x… Taubatku ini… Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima… Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah 3x…. Taubatku ini… Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah 3x.. Taubatku ini…
Jumpa lagi…
Entries (RSS)
Weh, hati hati sikit dalam bilik air tu.